Monday, November 30, 2009

Perpisahan...sengsara atau bahagia?

Hmmm..........perpisahan. 1 perkara yang pasti dilalui setiap manusia. Tak kisahlah dari faktor apa sekali pun. Kematian, kerja, tempat belajar, penceraian, mahupun paksaan. Ia adalah 1 perkara yang wajib dirasai oleh manusia dan kita tidak dapat mengelak darinya. Dan perpisahan banyak melahirkan kesengsaraan dari kebahagian. Pasti susah untuk menghadapi perpisahan kan??
Mane taknye, setiap perpisahan pasti diikuti sengsara. Contohnye bagi pelajar PMR dan SPM.
Mereka tentu akan berpisah dengan rakan seperjuangan dan suka duka mereka sepanjang perkenalan. Tambah2 lagi jika ada yang sedang suka satu sama lain. Kan sengsara dibuatnye.
Tapi itulah roda kehidupan. Setiap perkara itu pasti berlaku. Cuma kita yang tak tahu bila ia akan tiba, dimana, dan siapa. Tapi ade satu saja perpisahan yang melahirkan kebahagian iaitu berpisah dari orang yang dibenci. Tapi lahirlah pulak rase kerinduan....ha ha..
Think about it........................

No comments:

Post a Comment