Monday, November 30, 2009

Ikhlas ke kite??

Keikhlasan.....
Perkara yang sering diperkatakan oleh manusia untuk meraih kepercayaan, penghargaan dan mcm2 lagi. Contohnye mcm ni, "aq ikhlas bagi ko" atau "ambiklah, aq ikhlas". Tapi setiap ungakapan tu psti ade mkne d sebaliknye. Ha ha.....
Tahukah bahawa keikhlasan tu tidak boleh diungkap atau dizahirkan melalui kata-kata?
Kerana kata-kata itulah yang akan menghilangkan keikhlasan dan akan melahirkan perasaan riak. Perasan tak?? Bila kita berkata tentang keikhlasan kpd sesiapa pasti timbulnya riak. Jadi, keiklasan ini biarlah diantara kita dan Yang Maha Mengetahui saja yang tahu. Kerana Dialah yang memberikan segalanya kepada kita. Keikhlasan itu ibarat semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam. Ianya wujud tapi sukar untuk dilihat. Dan semestinya tidak perlu d tunjukkan.
Think about it.......................

Perpisahan...sengsara atau bahagia?

Hmmm..........perpisahan. 1 perkara yang pasti dilalui setiap manusia. Tak kisahlah dari faktor apa sekali pun. Kematian, kerja, tempat belajar, penceraian, mahupun paksaan. Ia adalah 1 perkara yang wajib dirasai oleh manusia dan kita tidak dapat mengelak darinya. Dan perpisahan banyak melahirkan kesengsaraan dari kebahagian. Pasti susah untuk menghadapi perpisahan kan??
Mane taknye, setiap perpisahan pasti diikuti sengsara. Contohnye bagi pelajar PMR dan SPM.
Mereka tentu akan berpisah dengan rakan seperjuangan dan suka duka mereka sepanjang perkenalan. Tambah2 lagi jika ada yang sedang suka satu sama lain. Kan sengsara dibuatnye.
Tapi itulah roda kehidupan. Setiap perkara itu pasti berlaku. Cuma kita yang tak tahu bila ia akan tiba, dimana, dan siapa. Tapi ade satu saja perpisahan yang melahirkan kebahagian iaitu berpisah dari orang yang dibenci. Tapi lahirlah pulak rase kerinduan....ha ha..
Think about it........................

Saturday, November 28, 2009

Usahalah.......

Be the best, beat the rest.... satu ungkapan yang biasa didengar oleh semua orang. Terutamanya bagi anda yang bergelar pelajar seperti saya yang menaip blog ini. Ha ha. Betul ke ungkapan tu?? Hmm....bagi sesetengah orang, ia sering dijadikan sebagai motivasi untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan. Tapi ada segilintir yang mengatakan bahawa ungkapan ni cuma ungkapan dan takde makne pon. Ha ha. Tapi tahukah anda bahawa ungkpan ini boleh dihuraikan dengan banyak maksud. Contohnye kite ni janganlah selalu berehat je....rehat yang berlebihan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Ia boleh membuatkan kerja kite sering tertangguh dan takkan siap...macam mane nak jadi yang terbaik kalau macam tu?? Dan orang2 yang begini sering berkata"lepak ar dulu". Akibatnye orang tu akan dialami kerugian. Oleh tu, kita seharusnya bnykkan usaha kalau nak jadi yang terbaik. Tidak salah berehat tapi beragak agak la. Jangan sampai rehat lagi banyak dari usaha. Tak betul namenye tu....think about it.....

Sunday, November 15, 2009

Yang mana satu???


Apabila kita ditimpa dilema, kita mesti akan berada di tengah2. Antara itu dan ini. Memang susah untuk membuat keputusan. Kalau salah pilih, mungkin akan menyebabkan sesuatu pihak itu terasa. Kita mungkin akan tertanya tanya. "Apa yang perlu aku pilih???". Ha ha ha. Jadi kalau nak buat sesuatu keputusan tu janganlah tergopoh gapah dan kalau susah sangat nak pilih antara yang mana satu, ambillah jalan tengah iaitu tidak memilih mana2 pihak. Ini akan mengelakkan kedua dua pihak tidak terasa. Ini sesuai bagi mereka yang sedang mengalami hubungan 3 segi. Kan senang macam tu. Tapi janganlah jadi orang yang tamak yang nakkan segala walaupun ianya mustahil. Bak kata pepatah "orang yang tamak selalu rugi". Fikirkanlah...................

Saturday, November 14, 2009

Fikir sebelum buat


Hmm.............
Apa yang sering kita lakukan sekarang adalah penentu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu kita seharusnya memikirkan segala tindakan yang kita lakukan. Seperti bercakap, fikir dulu sebelum brcakap. Kalau cakap tanpa berfikir, mungkin akan meyebabkan seseorang terasa keaibannya. Seperti saya yang menaip blog ini, saya pun perlu berfikir. Apakah apa yang saya tulis ini baik ataupun buruk. Jadi kepada para pembaca dan rakan sekalian sekalian, banyakanlah berdoa dan berharap agar segala tindakan yang kita lakukan akan mendatangkan kesan positif kepada kita...........InsyaAllah.