Monday, August 23, 2010

Huh....ada2 sahaja dalam bulan ni.....

Alhamdulillah.....
akhirnya sudah tiba juga Ramadhan yang ditggu2 selama ini........
Di dalam bulan yang mulia ini, marilah kita bersama - sama memperbanyakkan ibadat dan tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.........
Tetapi...
Kenapa ada saja perkara yang tidak patut berlaku tapi tetap berlaku di dalam bulan ni???
Huhhh.....itulah saja ungkapan yang boleh dikatakan kini....kenapalah banyak perkara yang diingini sering berlaku tanpa diduga......Itulah perkara yang menimpa kepada segilintir daripada kita kini....termasuklah saya yang sedang menaip di dalam blog ini......Kenapa ada sahaja pihak yang sering tidak berpuas hati terhadap apa yang kita kecapi sekarang.....itulah perkara yang sering bermain di dalam kotak pemikiran saya sekarang......
Kepada para pembaca......Think About it.....

Friday, February 12, 2010

Masalah....berani ke hadapinya????

Masalah.......masalah..........
Satu perkara yang tidak pernah lari dari hidup kita..........
Ianya datang tidak mengira waktu atau situasi...........
Jadi ape persiapan kita untuk hadapinye???????
Berani ke kita untuk hadapinya???.....ha ha ha ha
Sebagai manusia kita tidak sepatutnya lari dari masalah dan tidak kiralah
sebesar mana pun ia.........kalau kita lari, ia akan mengejar kita dan mungkin ianya
akan bertambah seterusnya semakin sukarlah kita untuk hadapinya.......cuba hadapinya kerana
setiap masalah tu ada penyelesaiannya.......satu lagi, janganlah sesekali melemparkan masalah
itu kepada orang lain......kerana ia akan datangkan akibat buruk yang kepada kita......jangan
sampai masalah kita tu menjadi satu perkara yang mendatangkan 1 lagi masalah kita dengan
orang lain..........
So think about it...........

Mulut....

Hmm.........
Setiap perkataan keluar dari mulut.......setiap percakapan bermula dari mulut.......
tapi janganlah sehingga setiap percakapan atau perkataan dari mulut ni membuatkan
orang lain tak senang mendengarnya............
Jangan sampai orang lain menjauhi diri kita ni.........kalau ia terjadi, ia akan membuatkan
sentiasa tertekan dan akan menyusahkan orang lain.......
So think about it...............
"sesungguhnya percakapan yang baik ialah ringkas dan padat juga bermanfaat"

Monday, December 7, 2009

Tanggungjawab atau rakan..?

Hmm......tanggunjawab ke rakan???
Persoalan itu sering muncul dalam diri kita yang mempunyai tanggungjawab di sekolah. Contohnye pengawas. Kalau kita terlalu pentingkan tanggungjawab, ia mungkin akan mungkin akan memberikan impak yag buruk kepada kita. Contohnya rakan2 akan memulaukan kita dan akan memberikan macam2 gelaran kepada kita. Itu akan memberikan tekanan yang amat besar kepada kita ketika belajar. Tapi kalau kita terlalu mementingkan rakan, ia akan membuat kita tidak amanah dan orang akan hilang kepercayaan kepada kita. Dan kita mesti tertanya2 "nk wat cmne ni? aduhai...". Samalah seperti kita berada didalam dilema yang amat dasyat...ha ha. Apa yang kiata harus buat ialah jangan menjadikan tanggungjawab itu sesuatu yang membebankan dan jangan jadikan ia alasan yang kita tidak boleh berseronok bersama rakan2. Dan bagi mereka yang tidak mempunyai tanggungjawab pula, janganlah kita sesekali memulaukan mereka yang mempunyai tanggungjawab. Ini kerana tanggungjawab itu adalah satu amanah daripadaNya. Tapi janganlah jadi poyo dan lupekan rakan2. Sebab tulah yang akan memakan diri kita. Sentiasa berfikiran positif ketika lakukan tanggungjawab tu. Senang cerite ketika sedang brtugas....
Think about it.........

Friday, December 4, 2009

Kuasa........

Hmm.......kite sering memandang orang2 yang yang mempunyai kuasa. Bagi kita, mereka ni boleh buat apa sahaja yang mereka mahu. Contohnya PM, pengetua, presiden, jeneral dan banyak lagi. Dan bagi kita, mereka ni boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita mahu. Betul tak? Tapi mereka ni cuma manusia biasa seperti kita tetapi mereka hanya diberi pangkat dan tanggungjawab je. Mereka juga perlukan bantuan untuk mendapatkan pangkat. Ha ha. Oleh itu, kite janganlah sering berharap kepada orang lain untuk untuk mencapai sesuatu. Cuba gunakan segala kebolehan yang ada pada diri kita. Dan jangan kata "aku mane ade kebolehan...". Salah tu! Setiap orang ada kebolehan yang tersendiri. Janganlah asyik tengok pada kebolehan orang je....
Orang yang paling berkuasa ialah orang dapat menguasai dirinya sendiri dan tahu menggunakan kebolehan yang ada pada dirinya.
Think about it..........

Tuesday, December 1, 2009

Pemberian........

Hmmm.........kita sebagai manusia seharusnya ada sifat pemberi atau pemurah. Tanpa sifat ni, kita pasti digelar kedekut, bakhil dan mcm2 lg. Oleh tu, ade beberape perkara yang harus kita tahu dan kita patut beri kepada orang yang pasti ada dalam hidup kita. Mereka ni tidak akan hilang dan kita takkan dapat lari dari mereka...
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. 
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Dan yang paling penting sekali..........
Nabi Muhammad - Selawat kepadanya
Think about it...........

Monday, November 30, 2009

Ikhlas ke kite??

Keikhlasan.....
Perkara yang sering diperkatakan oleh manusia untuk meraih kepercayaan, penghargaan dan mcm2 lagi. Contohnye mcm ni, "aq ikhlas bagi ko" atau "ambiklah, aq ikhlas". Tapi setiap ungakapan tu psti ade mkne d sebaliknye. Ha ha.....
Tahukah bahawa keikhlasan tu tidak boleh diungkap atau dizahirkan melalui kata-kata?
Kerana kata-kata itulah yang akan menghilangkan keikhlasan dan akan melahirkan perasaan riak. Perasan tak?? Bila kita berkata tentang keikhlasan kpd sesiapa pasti timbulnya riak. Jadi, keiklasan ini biarlah diantara kita dan Yang Maha Mengetahui saja yang tahu. Kerana Dialah yang memberikan segalanya kepada kita. Keikhlasan itu ibarat semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam. Ianya wujud tapi sukar untuk dilihat. Dan semestinya tidak perlu d tunjukkan.
Think about it.......................